Malik dan Syu'bah meriwayatkan 'Adi bin Tsabit dari al-Barra' bin Azid :
"Nabi Muhammad SAW dalam suatu perjalanannya pernah membaca Surah At-Tiin dalam satu dari dua rakaat solat yang beliau kerjakan. Dan aku tidak pernah mendengar seorang pun suara atau bacaan yang lebih bagus dari beliau." Diriwayatkan oleh al-Jama'ah di dalam kitab mereka masing-masing.
Disini para ahli tafsir masih berbeda pendapat dengan pendapat yang cukup banyak. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan at-tiin disini adalah masjid Damaskus. Ada juga yang berpendapat, ia merupakan buah tiin itu sendiri. Juga ada yang menyatakan bahawa ia adalah gunung yang terdapat di sana.
Sedangkan al-Qurthubi mengatakan :"At-Tiin adalah masjid Ash-Habul Kahfi." Dan diriwayatkan oleh al-'Aufi dari Ibnu 'Abbas bahawa at-Tiin adalah masjid Nabi Nuh yang terdapat di Bukit Al-Judi. Mujahid mengatakan: "Ia adalah at-tiin kalian ini." Wazzaituun (Dan demi Zaitun). Ka'ab al-Ahbar, Qatadah, Ibnu Zaid dan lain-lain mengatakan: "Iaitu masjid Baitul Maqdis. Mujahid dan 'Ikrimah mengatakan: "Iaitu buah zaitun yang kaliah perah."

No comments:
Post a Comment