Sunday, October 29, 2017

TAFSIR IBNU KATSIR

Malik dan Syu'bah meriwayatkan 'Adi bin Tsabit dari al-Barra' bin Azid :
"Nabi Muhammad SAW dalam suatu perjalanannya pernah membaca Surah At-Tiin dalam satu dari dua rakaat solat yang beliau kerjakan. Dan aku tidak pernah mendengar seorang pun suara atau bacaan yang lebih bagus dari beliau." Diriwayatkan oleh al-Jama'ah di dalam kitab mereka masing-masing.

Disini para ahli tafsir masih berbeda pendapat dengan pendapat yang cukup banyak. Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan at-tiin disini adalah masjid Damaskus. Ada juga yang berpendapat, ia merupakan buah tiin itu sendiri. Juga ada yang menyatakan bahawa ia adalah gunung yang terdapat di sana.


Sedangkan al-Qurthubi mengatakan :"At-Tiin adalah masjid Ash-Habul Kahfi." Dan diriwayatkan oleh al-'Aufi dari Ibnu 'Abbas bahawa at-Tiin adalah masjid Nabi Nuh yang terdapat di Bukit Al-Judi. Mujahid mengatakan: "Ia adalah at-tiin kalian ini." Wazzaituun (Dan demi Zaitun). Ka'ab al-Ahbar, Qatadah, Ibnu Zaid dan lain-lain mengatakan: "Iaitu masjid Baitul Maqdis. Mujahid dan 'Ikrimah mengatakan: "Iaitu buah zaitun yang kaliah perah."

Friday, October 27, 2017

SURAH AT-TIIN

ASBABUN NUZUL

Manusia merupakan salah satu makhluk Allah SWT. Allah SWT telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Secara lahir bentuk manusia memiliki bentuk yang indah jika dibandingkan dengan makhluk Allah SWT yang lainnya. Ukuran tubuh dan raut muka manusia berbeza dengan makhluk yang lain. Penciptaan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam salah satu ayat dalam Surah At-Tiin.

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Al-Aufi yang bersumber pada Ibnu Abbas, surah At-Tiin turun berkaitan dengan pertanyaan para sahabat tentang balasan amal bagi orang yang sudah tua. Melalui surah At Tiin, Allah SWT menegaskan bahawa amal orang yang beriman dan beramal soleh akan sentiasa mengalir pahalanya meskipun orang tersebut telah tua dan uzur.